Tuesday 16 August 2011

SAGAku Dah Cantik

Tanggal 16hb August 2011, jam 5.30 pm.

          Setelah tiga tahun aku pakai SAGA BLM warna hitam, akhirnya kereta kesayanganku, habis belajar, first job, gaji yang ke 3 tak silap akulah,akhirnya aku berjaya membeli sebuah kereta yang agak-agak comey ketika itu. Sebenarnya dalam hati aku nak kete Myvi SE yg bumper hitam. Maklumlah masa tu, gaju kecik. Tak lepas. Aku dengan tunang aku yang kini my husband bucuk2 aku terus plan nak beli PROTON SAGA BLM warna hitam. Nekad!!!. Emak and bapak aku macam tak bagilah sebab baru keje, maklumlah gelojoh nak pakai kereta. Aku pun belilah juga kereta tu. 2 minggu beb tunggu urusan bank. Ni tak sabar nak pakai masa Hari raya haji tuh.Nak tunjuk dengan my family kononnya..Hahaha..
          Cite punye cite, kete aku ni dah sampai juga ke Terengganu dua kali. Yang pertama takda masalah. masuk kali ke dua, huh.....problem beb...Masa tu musim tengkujuh kat Terengganu. Banjir. Air laut naik. Tapi kete BLMkan tinggi so dapatlah redah banjir tu. Tapi akibatnya: bunyi enjin kete aku ketek300x..Kasarr....No hal punyelah.
          Pada tarikh yang aku nyatakan di atas. My husband sponsor skirt kete aku siap spoiler. RM1200.00. Murah tak eh..Ada ke yang lagi murah. Hihihi..Aku guna PU. Sekarang kereta aku megah dijalan raya. Dengan sport ream yang up to date. Yehaa..Yehaa..Yehaa...Walaupun pada hakikatnya enjinnya ketikkkkkkk hahaha.


Kesimpulannya kepada pengguna BLM: Jangan redah banjir@air tinggi. Nanti enjin kasar.
                                                             Jangan bawa ramai2 orang kt belakang nanti mendak.


Remaks: Aku nak join kelab BLM Johor. Ada tak hihihi...

Pandangan sisi sebelah bawah

                       

Friday 12 August 2011

Nak buat D&C di swasta atau Kerajaan.Mana satu jadi pilihan

           Aku nak bekongsi dengan teman-teman yang pernah mengalami keguguran. Sungguh memeritkan bila dikenang. Aku dah kawin 2 tahun dan dua kali keguguran. Pertama sebab ketika kandunganku 3 bulan, pristiwa tu tak dapat aku lupakan sempai bila-bila. Tu antara antara aku dan suamiku. Kerana tangga dan juga Bosch (penebuk lubang). Sedih2 bila dikenang. Yang ke dua ketika oramg ramai gembira menyamput 1 Jan 2011, aku keguguguran lagi. ketika tu usia kandungan baru 2 bulan lebih. Yang ini, baby tak membesar mengikut tempoh yang ditetapkan. Doktor suruh gugrkan kandungan, jika diteruskan baby ini ada masalah. Tu namanya tiada rezeki. Kami menerimanya dengan penuh kesyahduan.

          Dua kali keguguran, pertama aku cuci kat kerajaan. Alamak ai, penat menunggu ramai sangat orang. Aku masuk wad jam 3 pagi, suruh puasa, jam 4 pm keesokan harinya baru diaorang buat. Huh..Macam separuh mati aku tunggu. Dahlah puasa, nak bangun tumpah darah, air yang masuk kat badan dah tak fungsi, darah yang keluar. nasib-nasib. Kalau nak murah memang baik pergi kerajaan. Makan free, katil pun ok lah. Hehehe...

         Ha, gugur kali ke dua aku buat kat swasta. Klinik pakar di Taman U. Doktor lelaki. Tak kisahlah doktor lelaki ke perempuan ke, janji keje yang dilakukan ok. Doktor tu pun ok lah, ala2 comel2 g2. Hemsem taklah juga muka lembut dagu lekuk je (nada gatal hahahaha). Tu sampingan je, tapi layanan yang diberikan cukup-cukup memuaskan. Bayaran pun tak berapa mahal masih mampu lagi. Kat swasta, pergi pagi petang dah balik rumah. Koi 830 pagi masuk wad, koi 1.30 pm doktor tu buat kerja. Time tu aku dah tak sedarkan dirilah, melayang ke angkasa raya ketika tu.Hahaha..Koi 330 aku sedar, kepala aku berat. Mungkin ubat biusnya banyak sangat kot. Agaknyalah..Hahaha..Nak cakap lebih-lebih tu kerja doktor. Koi 4 husband aku amik aku, masa aku bangun dari katil kepala aku macam ada utraman taro, melihat bintang bekerlipan. nasib ketika tu doktor ada, sempatlah dia memaut aku. Kalau tak aku dah terbaring kata lantai klinik tu.

        Kelebihan swasta: pergi pagi balik petang, doktor jaga 100%, seminggu selepas D&C datang lagi scan.
Kesimpulannya: Bergantung pada kemampuan seseorang dari segi pendapatan. Aku pun sebelum buat D&C aku cari quotation dulu. Maklomlah akukan Procurement so kenalah cari quotation nak bandingkan harga yang murah dan layanan yang sempurna. Ingat beli barang je ke kena ada quotation. Hehehe. Walaupun pada hakikatnya, klinik swasta yang kami pergi ni mengambil masa 45minit perjalanan berbanding 3 hospital yang hanya mengambil masa kurang 15 minit. Hahaha...Doktor Isa Thanks doc. Heheheehe (nada menjeng).


Sabar itu separuh dari Iman

         Tanggal 12 April 2011, aku dijatuhkan hukuman dibuang kerja dengan alasan terlalu banyak MC. MC lah derr, bukan ponteng ok. Sebenarnya aku ni seorang Purchasing Executive di salah sebuah Kilang di mana taukenya adalah Singaporean. Tapi orang Melayu. Aku teringat ketika tu aku demam memang tak boleh bangun, tapi aku gagahkan saje sebab kat opis tak da orang. Sorang executive bahagian Logistic dah cabut, akulah yang kena gantikan kejenya. Yang HOD aku orang finance, tau nk mengarah buat kerja tak tahu. tapi dapat nama. Huhhhh....
       Hari Khamis aku tak datang sebab dah tak boleh bangun. Tinggal budak store aku je (budak kelantan). Dia ni stailnya nak cocok tauke besar je. Dengan tanpa segan silu dia sendiri jumpa tauke ni nak inform yang barang banyak masuk takda tempat nak sumbat. Bukan salah aku, ni sume salah manager-manager aku. Kononnya dapat project dari Bangla dan Indon, baru dalam planning dah suruh beli barang. Last2 project tu tak dapat tender, material dah masuk. Akulah jadi mangsa.
      Hari Jumaat, dengan gagah hati walaupun badan terasa melayang0layang bak angin ditiup bayu aku pergi juga kerja. Pagi tu macam biasa aku buat kerja. Tapi, aku dapat berita dari staff dari HR mengatakan yang aku ni antara mangsa Manger-manager dan mak itam (HOD aku punye gelaran daa). Aku rasa bengang giler, dah tak tahu nak buat apa lagi, seperti musnahnya harapan aku, luruhnya jantung aku. Sedih sangat-sangat sebab aku jadi mangsa keadaan manusia yang nak jaga periuk nasi sendiri, tapi periuk nasi orang lain di musnahkan.
     Jam 230pm, aku dengan rasa sebak dicampur dengan dendam dan panas hati aku melangkah ke opis HR. Berbincang sebab apa aku dibuang. Mereka bagi alasan aku banyak MC..Ohhh tidakkk...Aku MC lah der, bukan ponteng ok. Ko punye org yang ponteng, tak pulak kena buang. Tension.
    Aku telefon suamiku, beritahu aku kena buang. Terima kasih sayang kerana beri semangat pada diriku ini untuk terus berusaha dan berusaha.
    Sebulan kemudian, aku ditawarkan bekerja sebagai Procurement Executive disalah sebuah syarikat Oil And Gas. Diorang yang buang aku dulu semua terkejut mendengar perkhabaran yang aku dah dapat kerja baru. Itu semua doa orang teraniaya di makbulkan. Dengan rasa belagaknya, aku saje war2 dengan orang-orang tempat lama aku kerja, aku dapat tempat yang lagi baik, dapat blacberry, kereta company. Terima kasih kak zu kerana amik aku.
   Terima kasih sayang kerana memberi semangat kepadaku untuk terus bekerja dan bekerja.