Tuesday 22 November 2011

Go to Gambang

Yehaaaa,

                    Akhirnya dapat juga aku pergi ke Gamabng cuti hujung minggu ni. Peh, di tambah pula 22hb November hari keputeraan Sultan Johor oleh itu aku mengambil peluang untuk menebus tiket Gempak Santai harian Metro.
                    Maklumlah dapat empat tiket, ajak orang semua tak mau pergi. Oleh itu kami masuk dua kali. Ahad dan Isnin. Huhhh....Ini antara info-info dari Gambang.

                                                            Ini harga-harga untuk kita sewa.

 Ini Pintu masuk Gambang, kira tempa utamalah untuk kita bergambar..termasuklah aku..Hihihi
                                            Ha, ini harga tiketnya...Tapi tiket aku free..Hahaha

           So far, tempatnya menarik. Untuk kanak-kanak lagi banyak boleh main. Tapi dewasa tak berapa banyaklah. Adalah dalam tiga permainan kalau tak silap akulah. Tapi yang paling aku tak dapat lupakan bila melalui GALAXY apa nth..Tapi namanya Galaxy.Aku dan suami aku budget ala pendek je ni, mungkin tak berapa gerunlah seperti yang satu lagi tu. Huhu...Tapi meleset, aku rupanya gelap gelita. Bayangkanlah kalo melalui jalan gelap. Jauh lak tu....Apa lagi menjerit bukan mainlah aku. Seperti jantung nak tercabut...Hahahaha...

Kesimpulannya menyeronokkan di tambah pulak tiket free.
Thanks harian Metro...


Akan ku nanti lagi,tiket free ini lagi. Yehaaa...



Thursday 17 November 2011

Tiada maaf bagi mu..

Hi ex-friend from Salutary Avenue,

Aku rasa begitu terasa, kecik hati dengan korang. Wa rasa bengan dengan korang ni. Yang wa lagi tak puas hati, orang yang mengepos komen kt FB tu tak faham apa yang nak di sampaikan oleh aku. Ke sebab korang ni bodoh. Aku bukan nak kutuk2 koranglah. Selama ni aku diam je, aku sekali je komen.

Aku malas nak cakap lebih2. memang aku delete korang punye wall kt FB bukan kerana aku bersalah, tapi pada aku skap profesional aku biarlah aku keluar dari group kucar-kacir korang ni sebelum aku bertindak di luar kawalan. pada aku buat apa nak kecah-kecah sebab benda keciklah derr.. Ko pun keje operator je, keje stokeeper tapi jangan nak jadi macam lu tu managerlah derr... Apa yang ko buat kat aku, aku tak penah nak cakap2. Sampai aku kena buang sekalipun, aku diam je. Walaupun dalam hatiku aku dendam. Tapi Allah tu maha Esa, memberikan ku rezeki kerja yang lagi best dari keje kat tempat korang. 

Janganlah keje nak bodek2 boss, jangan sayang sangat pada mak Itam, Bobo ko tu. Satu hari nanti orang-orang tu akan kenakan ko juga. Aku nak tengoklah korang ni keje kat sini sampai mana. Sampai mati agaknya. Jangan nak anggap aku semua yang salah, jangan nak muhasabah orang lain.Muhasabah diri sendiri baru boleh nak hentam orang. Cakap macam pro lah der. padahal otak kosong.

Wa panas hati toi dengan korang. Patutlah SPM tak lulus, tak faham Bahasa Melayu. Tak faham maksud tersirat dan tersurat. 

Panas toi aku...

Sabar wahai hati, sabar...sabar..

Tapi secara rasmi aku memang dah remove korang semua. 

Aku harap aku tak jumpa korang semua.

Good bye semua.....grrr..

Ko door, Mak itam, bobo, Muhammad, aku memang dendam dengan korang sampai mati sekalipun. Walaupun ko nak baik2 dengan aku tapi aku tetap dengan pendirian aku. Takkan maafkan korang apa yang korang buat kat aku. Semoga Allah membalas kejahatan korang seadil2nya di dunia ini. Amin...

Doa orang teraniaya biasanya di makbulkan. Amin...


Sekian

Monday 14 November 2011

Gempak Santai-HARIAN METRO

Tiket Ke Gambang
Yehaaaa,


Akhirnya aku berjaya mengumpul Keratan Akhbar harian Metro bermula 1hb-20hb Nov 2011. Aku dapat kumpulkan 10 keratan akhbar. Dengan yakinnya, aku pergi tebus di pejabat NSTP, Taman Maju, Johor Bahru. Aku sampai jam 9.00 pagi orang dah ramai juga. Dalam hati aku, ramai juga yang alert pasal ni yek. Huhuhuhu...


Jam 10 pagi baru kaunter buka, aku rasa aku terawal juga. Aku dapatlah menebus 4 keping tiket ke Gambang. Tapi sampai 30 Nov 2011 je. Huhuhuhu....


Tapi bila nak pergi. Aku nak pergi 22hb ni. Sebab 21hb aku ambil cuti. Tapi suami aku macam tak mau. Nak pergi awal Muharam. Ada dua tiket kosong, sape nakkkkk.....


Ini dalam proses memujuk..


Tunggu keputusannya nanti. Hehehehe....



Sekian.....

Klinik Terpilih bagiku


Hi Kawan-kawan, 

Kat sini aku kongsi alamat Klinik Pakar yang aku pergi.

Harga masih boleh mampu dibayar, maklumlah sekarang ni kena survey banyak hospital. Perkhidmatan sama, watpe bayar lebih-lebih pada pendapat akulah.



Perdana Specialist Maternity Centre 
   No. 51 & 52, Jalan Pendidikan 3,
   Taman Universiti,
   81300 Skudai Johor.
   No : 07 - 5216633
Doc Inchange: Doktor Isa Ismail,kalo Sabtu Doktor Mansur (aku pun jumpa doc Mansur ni sekali je) Lain tak kena dengan dia. Line jatuh dengan Doc Isa je. Lagipun aku lebih selesa dengan Doc Isa.

Waktu: Sabtu-Khamis (9.00am-1230), 2.00-4.30pm, 730-9.00pm.
Jumaat: 9.00 am- 1230 pm.

Pada aku kalo nak g, jangan pergi cepat2 dan jgn pergi lambat2. Sebab doc sometimes lambat. Myb check patient yang nak bersalin kot. Naik kematu tunggu nanti. Hehehehe... Pas 2 kalo nk pergi siang terutama petang call dulu, sometimes doc ada emergency kat bilik operation. Ada orang bersalin ke apa ke. Kang membazir masa je lagi2 yang bekerja kena amik half day tapi tak dapat jumpa Doc. Ni atas dasar pengalaman akulah, aku ye2 je half day, gaji tolak, tp doc ada emergency.nasib baik aku pandai cover line dapatlah gaji penuh. Thanks friend Wan Tech, kerana punch cardkan tok akak. Akak hutang ko lagi Nasi Ayam Penyet.....Takpe kitakan da tak keje kat situ lagi..... Grrrr....


Trylah kalo nak try kat Klinik ni. Aku suka dengan Klinik lagi. 
Tunggu aku Doc Isa, aku akan kembali lagi membawa berita gumbira dan pinjam ayat doc. Bawa balik baby. Hehehe....Aminnn







Sunday 13 November 2011

Tentang IUI adakah anda bersedia.

IUI, Takutttt...


Lepas je aku gugur, aku pergi follow up dengan Doc Isa lagi.

Rasanya 3 bulan try prosedur yang sama tak berjaya, so kami rehat. Lepas raya pergi lagi. Ni lepas raya pergi, kena tembak seperti peluru berpandu dengan doc ni. Bingit telinga. Ok nak di jadikan cerita, bulan ni plan nk buat IUI. Ok fine, waluapun aku berdoa siang malam tak nak IUI sebab takut. Temujanji 830 pm. Nurse bagi suamiku bekas untuk keluarkan sperma, tapi nurse yang sorang ni mulut macam siot, leh pulak dia cakap kan muda lagi, nape tak nak bersama sendiri. Nape pilih IUI. Nak je aku jawap, oiiii budak, doc ko yang suruh buatlah. Kalo tak aku pun taknaklah derrr....Aku ni cepat panas sikit. Hehehe..

Ok stop cite tu, nurse yang baik ni suruh kami masuk kat bilik wad.So far bilik tu oklah. kalo bersalin kat sini selesalah juga. Tapi pepahamlah kalo dah kena keluarkan sperma and masuk dalam botol boleh ke buat. Dalam pemikiran aku mesti tak boleh keluar. Try punye try kuar sikit je. Doc kata tap payah buat, sebab sikit sangat. Suruh bersama sendiri. Count tak cukup....

Aku pun baliklah rumah. Dalam erti kata lain Alhamdulilah IUI ni tak jadi. Sebenarnya belum bersedia. Hihihihi....Kami berdoa semoga usaha ni berjaya. Aminnn,,

Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Surah Al-Anbiyaa', Ayat 89).

"
Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Sentiasa Mendengar (Menerima) do'a". (Ali-Imran:38)

Ok ni aku kongsi tentang IUI. 

Ni antara soalan2 yang akan ditanya tentang iui....

Apa itu IUI?
IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination', satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan

Bagaimana IUI dibuat?
IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.

Bila dan dimana sperma akan di kumpul?
Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.

Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?
Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas saya bertelur (ovulasi)?
Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama.
Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?
Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?
Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan kedalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?
Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?
IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah.Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?
Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?
IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi,risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?
Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan.

sumber: Portal Alamhamil

Berat Badan....TAK SUDAH

Sambungan pada entry tadi. Huh, berdebar rasa aku bila doc plan nk buat IUI. 


Aku sebenarnya dah dua kali keguguruan, first: masa aku buntung pelamin. Itu memang kesalah kami. Menyesal sangat2. Kalo tak usia anakku tu dah dua tahun. Takde rezeki. Gugur ketika usia kandungan 12 minggu. Doc suruh buat DNC. Aku pilih HSI (HOSPITAL SULTAN ISMAIL,JB). 


Setahun lepas dnc tiada apa-apa perkembangan untuk mengandung, seperti yang aku katakan selepas buat survey dari segi kos dan lain-lain. Klinik Pakar Perbidanan Specialist Perdana, Taman Universiti yang jadi idaman hatiku. Prosedur yang disarankan turunkan berat masa tu berat aku jejak 70kg. Peh dasyat. Aku ambil masa 3 bulan untuk turunkan berat badan sehingga aku pergi klinik lagi berat aku jadi 65. Bulan depannya 63kg. Alhamdulilah, aku berjaya turunkan berat. Masa doc Isa cakap berat badan jadi sebab, pehh hanya Tuhan sahaja yang tahu.Telur tak keluarlah, macama-macamlah. Peh, aku rasa macam nak cubit2 je doc ini asik cakap berat badan tak sudah-sudah. Hahahaha. Mujur suamiku tak salahkan aku. Tapi support aku sebaliknya. 


Prosedur ke dua tak berjaya sebabnya injection pecah telur diberi dos sekali. Telur tak pecah. Prosedur pakar untuk mengandung, period ke dua (check telur pecah ke tak),bagi clomid (pil subur), period ke 12( tengok telur keluar ke tak), kalo keluar injection untuk pecah telur diberikan. Telur telur pecah 36jam masa tu kena bersama. Begitulah seterusnya.


Bulan seterusnya, pergi lagi. Telur tak pecah, sebab berat badan. berat badan tak sudah2. Dalam hati aku, orang lain lagi gemok boleh je. Ok fine, aku ikot, masa tu berat aku 63kg. Yakin dengan doc ini, dia bagi dua dos untuk pecahkan telur.
Period lewat, check aku peknen.. Peh mana taknya gembira tak terkata setahun tunggu nak peknen, ni peknen lagi. Alhamdulilah..


Tapi kegembiraan tak lama, kandungan aku tak sihat. Masa tu kandungan ku 10 minggu. Huh, aku ingat masa tu. Jantung baby dah tak dengar. Doc Isa ni suruh aku keluarkan kira buat DnC lagi. Ya Allah bila doc ni cakap macam ni, hanya Tuhan je yang tahu betapa takutnya aku nak alami DnC ni. Doc ni cakap-cakap aku dah tak dengar dah. Jiwa kacau. Kepala entah ke mana-mana nth. Hanya air mata je yang berlinang di kelopak mataku. Nak nangis malu pulak. Doc ni cool kan aku, dia tengok je aku dengan penuh mendalam. Yelah diakan doc. Mesti jenis faham perangai orang. Yang aku dengar, u muda lagi. Baru 25 tahun. Suami baru 27tahun. Ahhh...aku dah tak dengar apa yang doc ni cakap. Takde gunanya lagi. Tuhan maha mengetahui segalanya.


HUh, punye tak nak percaya kat Doc Isa ni, aku pergi ke Hospital Penawar jumpa doc Suhaimee.. Keputusannya sama. Maaflah doc Isa, bukan tak percaya kat doc. Tapi perlukan kepastian.


Tanggal 1.1.11, aku pergi lakukan DnC di Klinik Pakar ni. Jumpa lagi doc Isa. Huh, bedebar..Ni tak tido semalaman ni. Makannya tidak, sume tidak. Walaupun perut dah sakit, tapi aku stady lagi (konon2 kuatlah). Masuk 830 am kat bilik operation kerana bilik full masa tu. Sejuk ya amat, bawah negatif darjah celciuslah agaknya. Nurse yang serve aku ni jap masuk, jap keluar. Lama betul nak tunggu doc ni habis consultation. Aku ni dahlah belu kat dalam ni. Sejuk macam kat oversea. Kepala dah pening. Nak tido tak boleh dah. Sume sakit, darah keluar banyak. Kang kalo bangun darah keluar lak. 


Jam 130 pm doc ni masuk, boleh pulak tanye aku tido ke. Aku cakap nak tido bendanya, sakit. Dahlah sakit, sejuk gler. Ni sakit ni walaupun mata kejam. Masih sempat menjawap. Doc ni leh pulak ceramah-caramah kat aku. Aku dah tak boleh tahan, mengalirlah air mata aku. Doc ni boleh pulak cakap, janganlah nangis. Awak bukan tak boleh mengandung, awak boleh. Cuma belum ada rezeki lagi. Lagilah melelir air mata aku ni. Agaknya doc ni tengok aku begigil2 dia suruh nurse dia buka fan je. Tutup aircond. Doc ni masuk tak sampai 5 minit pun dah berasa sejuk, lagilah aku yang dah duduk dari jam 830am-130pm. Bayangkan.
Erm Aku tak tahulah sape yang lapkan air mata aku. Cuma aku rasa ada orang yang lapkan. Aku rasa doc tu,sebab dia berdiri kat atas kepala aku. Pas 2 dia inject bius, dah tak sedarkan dirilah aku.


330pm, nurse India datang. Panggil2 nama aku. Aku pang-pang alang. Nak buka mata tak boleh. Berat, kepala pun berat. Nurse tu tukarkan baju aku. Agaknya nurse ni tengok aku lemah sangat dia panggil nurse yang senior. Masa dia masuk tu, dia masuk dengan suamiku. Nampak suamiku, apalagi..aku bangunlah. Ni badan melayang2. Nasib nurse ada kat situ. Kalo tak tebaringlah aku di lantai. 


Yeee...2 minggu MC. Masa tu sume orang opis tekejut aku peknen sebab aku tak cakap dengan sape2. Tapi Mc aku doc ni bagi 1 minggu-1 minggu. Minggu depannya pergi Klinik lagi untuk amik mc minggu ke dua. Doc suruh rehat 3 bulan. 3 bulanlah aku berpantang makan macam orang peknen.


Dengan rasa bangganya berat badan aku dari 63kg telah turun ke 55kg. 3 bulan tu. Ada brann.... Doc tu banggalah sangat sejak aku g klnik tu masa tu berat aku 70kg kini dah 55kg. Mana taknya. macam berat badan aku masa tingkatan 5. Hahaha


Tapi kini beratku 57kg. Kuing30x











KLINIK PERBIDANAN DAN SAKIT PUAN PERDANA SPECIALIST TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI

Selamat petang semua,

Dah lama tak update blog ni. Apa yang ada pada Klinik ni. Hurmmm, sememangnya Klinik ni memang glomour kat Taman U lagi-lagi kalo Staf UTM. memang ni lah Klinik sasaran mereka. Aku diperkenalkan oleh seorang teman tentang Klinik ni. So far, klinik ni ok...Dikelolakan oleh Doc Isa.Kira toke dialah tu. Nursenya pun dalam 6 orang ada kot.

 Aku tak nak kongsi pasal doktor ni tapi pada aku doktor ni ok. Baik dan lain-lain. Tengok muka sejuklah hatinya. Hahaha....

Erm, aku da setahun ulang alik klinik ni. Rasanya kalo nama aku keluar je, doktor ni dah tau sape yg akan masuk. macam mana orgnya, lawa ke tak lawa orangnya. Nurse2nya pun rasanya dah naik kenal kat aku. Walaupun aku tinggal kat Pasir Gudang, namun aku sanggup ulang alik ke taman universiti walaupun hakikatnya aku dah boleh pergi 2 hospital kat sini. (Pakar Regency and Penawar). Bukan tak nak pergi, tapi mahal begenda-ganda. Hospital Penawar ok. Dengan doc Suhaimi, aku pernah lakukan prosedur dengan dia. Ok. Tapi tak tahan kos. Aku dah buat comparison tentang harga dan kos minyak lagi. Masih untung lagi kalo aku pergi ke Klinik ni lagi. Orang tak ramai. Doc pun hensem, daku lekuk (gatalll). Huhuhu..Walaupun orang kata watpe pergi jejauh sana. tapi itu pendapat orang. tapi pada kami, kami dah buat kira-kira. Maklumlah akukan Procurement aka dalam bahasa malayunya Bahagian Pembelian. Mesti kena cari quotation dulu sebelum gunakan servis atau membuat pembelian. Hehehehe....Di tambah pula suamiku Technical Engineer (ESTIMATOR) lagilah berkira-kira. Kalo nak pergi dua Hospital ini, pada kami takde masalah dari segi kewangan tapi buat apa pergi yang mahal kalo prosedur yang dijalankan adalah sama. Betul tak...Hehehhe...Tu pendapat kawelah.

Apa yang aku buat kat Klinik ni...

Ikuti sambungan nanti.

(Maaf ye Doc Isa), bukan nk promote Klinik doc tapi sekadar berkongsi cerita.