Friday 16 December 2011

Alhamdulilah Jaga Elok-Elok


Alhamdulilah, semalam baru g check kandungan. Aku sampai klinik koi 8.30pm, tapi orang dah ramai. Doc lom sampai lagi agaknya. Maklumlah malam Jumaat. Mungkin baca Yasinn dulu kat rumah agaknya. Aku masuk2 je orang tegok je. Apa salah aku. Ke sebab aku pakai tudung abu dhabi. Nampak macam orang asing. Hehehe..(perasanlah pulak) di tambah pulak suami ku macam china. Huhuhu...

Walaupun aku lambat sampai, tapi aku selamba je letak buku pelawat kat atas meja tu. Hehehe...Aku di panggil nurse untuk pendaftaran. Aku jadi org ke empat. padahal aku rasa, sebelum tu ramai yang datang awal dari aku. Kekekekeh...Jangan marah ye kak. Saya mana tau. nape letak kad lambat sangat. Patut datang2 letak jelah. Hehehe...

Nama aku dipanggil.Aceehhh....Doc tu senyum ramah lak dengan aku. Hehehe..

Check jantung, berdebar pun ada. Sebab masa peknen ke dua stage ni jantung baby lemah. Aku jadi takut bila kali ke tiga. Sambil2 tu aku berselawat je dalam hati menunggu berita dari Doctor. 

Alhamdulilah,

Jantung baby dah berdenyut dan membesar mengikut tempohnya. 10 hari lagi aku pergi jumpa doctor tu...Huh, lega rasanya. Ubat support baby sambung dan aku diberi injection kuatkan rahim. Kali ni injectionnya sakit, sampai tak boleh tido malam aku dibuatnya. 

Ya Allah, Ya Allah,

“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Sekarang jalan semua slow2 je. Drive kereta pun tak langgar lubang@bendul kuat2.Slow je aku bawa.Hehehe.Kira macam bersopan santunlah kononnya.

Makan pulak, hari-hari aku makan brokoni. Sampai nak jemu pun ada. nak jadikan cerita semua makanan aku suami aku kawal. Semua sayur dia campak kat aku. Huhuhuhu..

Aku pun kalo boleh nak baring je, biar pengaliran darah sempurna ke plasenta. 

Semoga doa kami ini di makbulkan oleh yang Maha Esa. Amin


Thursday 8 December 2011

Hanya mampu berdoa

Hi Salam Jumaat,

           Huh...Penuh mendebarkan hati aku ni. Kalau entry yang lepas aku menulis tak jadi buat IUI. Semua itu telah tertulis oleh yang maha Esa. Aku dah lewat Period, walaupun hati penuh dengan debaran tapi aku tetap cool juga. Aku rasa kelainan pada diri aku, hari Isnin lepas, waktu rehat aku balik rumah. Aku mencari-cari ada lagi tak kit pregnant test di rumah. Huh, ada....dengan penuh debarannya aku pun pergi bilik air check. tapi masa aku titiskan air kencing tu aku keluar dari bilik air, sebab takut di tambahkan rasa kalau-kalau kecewa. Lima minit selepas tu, aku masuk bilik air tu melihat dua line. Ya Allah hanya Tuhan je yang tahu betapa gembiranya hati ini walaupun terdapat debaran di hati ni. Aku pun buat sujud syukur. Tapi kerisauan masih melanda. Balik dari keeja aku terus tunjukkan kat suamiku. Yelahkan, dua kali keguguran siapa yang tak berada gembira.

         Rabu: 7hb November 2011, perasaan was-was aku kian bertambah. Pagi-pagi selepas bangun dari tidur aku test lagi. Alhamdulilah dua line. Masyaallah. Tuhan saje yang tahu. Terus plan-plan dengan suami, bila nak pergi jumpa Doc Isa di Klinik perbidanan dan sakit puan taman u, skudai. Klinik akulah tu.. Hehehe...Yang aku cite kat entry yang lepas. Aku plan hari Ahad, tapi ubat semua dah habis. Kalo aku pergi lewat lagi, mesti aku kena marah dengan doktor ni. Doktor ni walaupun muka cool tapi boleh tahan garang juga. Huhuhu.

         Khamis: 8hb November 2011, aku pun pergilah Klinik tu pada sebelah malam. Seperti kebiasaanlah ramai orang. Jalan dari Pasir Gudang ke Skudai ni jem pulak, tapi kami amik jalan singkat masuk highway Kempas. Takut nanti aku sampai, nurse ni tak terima kehadiran aku lak. Kang tak pasal2 aku marah nurse ni kang. Hehehe. Alu sampai jam 830 pm. Ramai jugalah orang. Nurse tu tanya, period ke dua ke kak. Aku jawap dah lewat. Seperti biasa dia amiklah berat aku, tekanan darah aku. Aku pun tunggulah Nurse ni panggil aku dengan penuh kengantukan hehehe.... Nasib ada blackberry company bagi, bolehlah aku search internet sekejap. Huhuhu.

         Sebenarnya, aku takut+fobia nak pergi check. Tak tahu kenapa. Tapi gembira. Mungkin sebab dah dua kali tak berjaya kot. Masuk2 bilik doktor tu, Doktor pun tersenyum manis melihat aku. Eceehhh....Kadang2 doc ni serius. Seperti biasa dia tanyae, sihat....Ok....Aku jawaplah ok.Kalo aku datang time aku demam, aku cakaplah tak ok. Tapi dia tak tanye pun nape tak ok. Huhuhu...dia pun check2lah rekod aku yang dah setahun tu. Dia tanye dah period, aku jawaplah belum. dah leawt 9 hari. Dia pun cakaplah hari tu IUI tak jadi. Yelahkan, nak keluarkan dalam keadaan tertekan memang tak boleh. Kami diam je, dengar jelah dDoktor ni cakap. Dia suruh aku baring and scan. Ada nampak. Tapi tak tahulah scan dia ni canggih sangat ke apa ke dia cakap kantungnya kemek sikit. Bila dia kata gitu, hati aku macam luruh sangat.-sangat. Sebab peknen ke dua pun macam tu juga. Tapi kali ni ok sikit dari yang lepas. Tapi yang plaing tak tahan tu, dia marah aku nape berenti ubat. Dah suami aku tak bagi makan, nak buat macam mana.Tapi dalam diam2 aku pun, aku menjawap. Ubat putih tu ada lagi, yang takde Asid folid je. Walaupun pada hakikatnya aku dah amik kat Klinik panel suamiku. Takkan aku nak cakap lak.Hehehe.... Pas 2 aku macam nak cakp je, "doktor, doktor tau tak perasaan saya ni macam mana. Saya ni takut+risau+fobia semua ada doktor. Nak pergi jumpa doktor pun saya takut tau tak." Hanya dalam hati saje aku berkata-kata. Takut kalo terlepas aku emosi lak dengan doktor tu. Aku ni emo sikit, tiba-tiba aku nangis kang. Hehehe..Malu aku. Huhuu..

        Doktor pesan, jaga kandungan elok-elok. Rehat bannyak-banyak. Jangan stress. Dan yang paling penting banyakkan berdoa. Pas tu ayat biasa, jangan berat badan naik...wakakakaka...Aku naik 0.5kg je. Bukan banyak-banyak kilo doktor. Huhuhu...

       Aku dalam kereta jadi macam tak tentu arah nak menunggu Khamis depan scan untuk minggu ke 6. Scan jantung. Aku takut sebenarnya. Aku hanya mampu berdoa supaya kandunganku ini sihat, membesar menikut tempoh2 yang di tetapkan. Degupan jantungnya sempurna. Itu saje yang aku mampu. Apa jenis makanan yang untuk menyihatkan  aku makan.Termasuk susu mamil mama.  Aku nak pergi siang, tapi suami aku kata malam. Malam sejuk sikit. Adehh....Aku rasa macam nak pergi sorang je. Suami aku tak dapat cuti lak.

      Ya Allah ya Tuhanku, berikan peluang ini kepada kami untuk memperolehi zuriat yang sempurna, sihat tubuh badan, selamat di lahirkan. Membesarlah ia mengikut tempoh-tempoh yang ditetapkan dengan degupan jantung yang sempurna. Masyaallah, tuhan yang memberikan kite rezeki. Aku insan lemah Ya Allah, aku tak sanggup menerima ujian kau lagi. Cukuplah dua kali keguguran. Jangan biarkan ku bersendirian tanpa meninggalkan zuriat. Kekalah zuriat ni, roh yang kau tiupkan ke dalam rahimku ini sehingga ia dilahirkan dan dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang Ya Allah. Tuhan yang menciptakan sekian alam. Tenangkan hatiku ni dalam menempuh dugaan yang mendatang. Semoga aku peroleh berita gumbira pada Khamis hadapan ini. Aminnn....