Sunday 1 January 2012

Perkembangan baby ada, tapi jantung takda. Ya Allah....

Hanya Mampu berdoa agar keajaipan berlaku.


              Aku dah peknen masuk pada minggu ni 9 minggu. Alhamdulilah. Tapi dan tapi. Semalam aku pergi check up kat doc. Tapi doc yg aku rujuk ini kaa perkembangan ada tapi tak banyak dan jantung tak ada. Apa maknanya. Aku jadi serba tak kena bila doc cakap macam ni. Maklumlah ni dah masuk 3 kali aku peknen dalam masa 2 tahun aku kawin. Ya Allah, kuatnya dugaan Kau terhadap hambamu. Ya Allah, aku hanya mampu berdoa agar Allah memberikan anak ini kepada kami. Biarlah abang dan kakaknya di syurga akan kami jumpa kelak di akhirat kelak. Tapi adik, jangan tinggalkan ibu dan ayah. 
             Semalam 1.1.2012, aku pegi check up seperti biasa dengang Doktor Isa. Tapi muka doc ni risau yg amat. Kalo doc dah muka risau lagilah kami ni. Doc cakap baby berkembang tapi tak banyak, kantung ada, cantik, pendahan takde. Tapi apa masalahnya sekarang. Perkembangan sama mengikut jadual. Kami mula terfikir2 apa yang berlaku sebenarnya. Doc masa terangkan pada aku, kepala aku nth dah ke mana aku pun tak tahu. Sebab aku percaya Allah itu maha berkuasa. Allah nak mnguji hambanya sahaja. Aku yakin. Salah satu sebabnya aku yakin anak dalam kandunganku ini sihat cuma degupan tak dengar kerana:


1) takde pendarahan
2) perkembangan baby baik mengikut jadual.Masa check up minggu ke 6, jantung ada. 
3) aku tak sakit perut, tak sakit pinggang seperti peknen pertama dan ke dua.
4) aku yakin kekuasaan Allah, dengna berkat air zam, bacaan yasiin, ayat kursi, Al-Quran dan berselawat kepada Nabi.


          Masa doc tanye kami, aku dengan suami ku tak menjawap pun. Doc kata suruh buat ujian genetik. Ok fine, tapi aku tak bertanye pulak macam mana nak buat, dekat mana, bila, lama tak, prosedurnya macam mana. Semua itu tak tekeluar pada mulut kami. Doc bagi option, nak buat D&C untuk kali ke tiga atau tunggu sehingga 10 hari. Kalau sakit perut, turun darah jumpa doc lain. Buat D&C. Aku malas sebenarnya, tau takk...Aku tak tahu nape. Nanti org rasa simpati kat aku. Nanti orang cakap rahim aku tak kuat macam2lah. Padahal hanya aku, suami, doc je tahu masalahnya. Adoohhh, semoga ianya tak berlaku.


          Mintak maaf doc semalam aku terbiadap dengan doc. Aku bangun dan keluar walhal doc belum habis cakap. Sebab aku fikir dah siap sebab doc ni diam jek.Aku rasa dia lebih risau dari kami. Seperti dialah suamiku. Hahhahaaha. Tapi terima kasih doc sebab semalam scan free...Hehehehe..


          10 hari lagi pergi check up. Masa tu kandungan ku dah 10 minggu. Semoga selamatlah kandunganku. Aku tak nak buat D&C. Aku takut. Ya Allah, cekalkan hatiku ini. Tabahkan hatiku ini.


          Aku hanya mampu berdoa agar Allah diberikan keajaipan pada kandunganku. TUnjukkan pada doc itu bahawa kandunganku sihat sehingga baby di lahirkan dengan selamat, sihat, sempurna fizikal dan mentalnya. Amin....