Sunday 1 January 2012

Perkembangan baby ada, tapi jantung takda. Ya Allah....

Hanya Mampu berdoa agar keajaipan berlaku.


              Aku dah peknen masuk pada minggu ni 9 minggu. Alhamdulilah. Tapi dan tapi. Semalam aku pergi check up kat doc. Tapi doc yg aku rujuk ini kaa perkembangan ada tapi tak banyak dan jantung tak ada. Apa maknanya. Aku jadi serba tak kena bila doc cakap macam ni. Maklumlah ni dah masuk 3 kali aku peknen dalam masa 2 tahun aku kawin. Ya Allah, kuatnya dugaan Kau terhadap hambamu. Ya Allah, aku hanya mampu berdoa agar Allah memberikan anak ini kepada kami. Biarlah abang dan kakaknya di syurga akan kami jumpa kelak di akhirat kelak. Tapi adik, jangan tinggalkan ibu dan ayah. 
             Semalam 1.1.2012, aku pegi check up seperti biasa dengang Doktor Isa. Tapi muka doc ni risau yg amat. Kalo doc dah muka risau lagilah kami ni. Doc cakap baby berkembang tapi tak banyak, kantung ada, cantik, pendahan takde. Tapi apa masalahnya sekarang. Perkembangan sama mengikut jadual. Kami mula terfikir2 apa yang berlaku sebenarnya. Doc masa terangkan pada aku, kepala aku nth dah ke mana aku pun tak tahu. Sebab aku percaya Allah itu maha berkuasa. Allah nak mnguji hambanya sahaja. Aku yakin. Salah satu sebabnya aku yakin anak dalam kandunganku ini sihat cuma degupan tak dengar kerana:


1) takde pendarahan
2) perkembangan baby baik mengikut jadual.Masa check up minggu ke 6, jantung ada. 
3) aku tak sakit perut, tak sakit pinggang seperti peknen pertama dan ke dua.
4) aku yakin kekuasaan Allah, dengna berkat air zam, bacaan yasiin, ayat kursi, Al-Quran dan berselawat kepada Nabi.


          Masa doc tanye kami, aku dengan suami ku tak menjawap pun. Doc kata suruh buat ujian genetik. Ok fine, tapi aku tak bertanye pulak macam mana nak buat, dekat mana, bila, lama tak, prosedurnya macam mana. Semua itu tak tekeluar pada mulut kami. Doc bagi option, nak buat D&C untuk kali ke tiga atau tunggu sehingga 10 hari. Kalau sakit perut, turun darah jumpa doc lain. Buat D&C. Aku malas sebenarnya, tau takk...Aku tak tahu nape. Nanti org rasa simpati kat aku. Nanti orang cakap rahim aku tak kuat macam2lah. Padahal hanya aku, suami, doc je tahu masalahnya. Adoohhh, semoga ianya tak berlaku.


          Mintak maaf doc semalam aku terbiadap dengan doc. Aku bangun dan keluar walhal doc belum habis cakap. Sebab aku fikir dah siap sebab doc ni diam jek.Aku rasa dia lebih risau dari kami. Seperti dialah suamiku. Hahhahaaha. Tapi terima kasih doc sebab semalam scan free...Hehehehe..


          10 hari lagi pergi check up. Masa tu kandungan ku dah 10 minggu. Semoga selamatlah kandunganku. Aku tak nak buat D&C. Aku takut. Ya Allah, cekalkan hatiku ini. Tabahkan hatiku ini.


          Aku hanya mampu berdoa agar Allah diberikan keajaipan pada kandunganku. TUnjukkan pada doc itu bahawa kandunganku sihat sehingga baby di lahirkan dengan selamat, sihat, sempurna fizikal dan mentalnya. Amin....




6 comments:

  1. Assalamualaikum Ann
    Ape khabar dan diharapkan awak dan baby sihat ye..
    saya nak kongsi cerita duka saya..Saya baru keguguran 31/12 pada usia janin 10week. Kes saya pun cam awak..Minggu ke7 doc scan baby berkembang tapi kadar perlahan. tggu lagi sampai week ke9 sbb tiada pendarahan..g scan doc ckp ada la sikit perubahan.jantung xnampak.doc bagi masa 2w utk monitor ..if xda pape saya kena buat d&C. last2 minggu ke10 saya start bleeding n akhir nya doc sahkan saya keguguran. saya tak perlu dnc disebabkan pendarahan yg sedikit. saya pun takut dnc.janin keluar sendiri pd 31/12 setelah sakit slama 1week..tapi bg saya la mmg sakit nak tggu janin kuar.2hari sy xbole tido serba tak kena dibuatnya sbb sakit sgt..lps dah kuar tu lega selega nya..saya bawak janin tu g spital utk dihantar ke makmal. saya harap kes awak tak jadi cam saya..doa byk2..dan sy harap awak lebih bersedia ape saya yg bakal awak lalui

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. sy seperti kes anda tp sy xalami lg pendarahan.. skrg sy nk mkn ubat utk bg janin keluar.. sy mmg xnk buat d&c.

      Delete
  2. Hi Mdm Shara,
    Kes bawa janin g hospital sama macam kes keguguran sy yg pertama. Actually sy dah 3 kali keguguran termasuk yg dlm entry ni. Tuhan saje yg maha mengetahui segalanya.
    Dan tiga2 kali sy DnC.

    ReplyDelete
  3. Salam a'laika...sy pn da mslh yg sma sbb tu cri bhn rjukn dlm tenet...first scan 5w5d...then second 8w1d but no heart beat. Xyakin lg so sy rujuk doc lain. Doc kta too early to say...dia minta tgu 2mgu. And now sy takut...after 5years...this my first baby...any opinion or suggestion?

    ReplyDelete
  4. post ni post lama.. tp inilah yg berlaku pada saya skrng.. dpt appointment 2minggu lagi utk d & c klau xde bleeding n sembarang tanda2 gugur.
    so far kandungan sy 10w xde bleeding atau ap2 tanda gugur lagi..
    ni 2nd pregnancy sy.. sy dpt rasa baby gerak cuma pelahan.. bila sy tenang xbz sy dpt rasa bila sy lepas mkn..
    sy tgu lagi 2minggu utk monitor..
    3hari berlalu still xde tanda2 lagi.. sy xtahu samaada baby masih di kudratkn lahir dgn selamat atau sebaliknya 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis .. harap sis dapat bersabar dan menempuh semua ini dengan hati yang tenang .. allah uji hamba dia tanpa kite duga .. saya kehilangan anak kembar saya yang pertama dan kedua sis .. meninggal dlm perut ketika 8bulan .. berbaki 3mggu utk bersalin . Allah maha mengetahui.. allah pnjamkan anak2 saya slama 8bulan sahaja .. saya bersalinkan mereka brdua scra normal sis . Sakitnya waktu saya brsalin kan mereka .. tapi kesedihan saya sgt2 terasa detik mereka keluat dari rahim tanpa tangisan ... saya brdoa smua yang merasa keguguran/kematian anak ,kita kuat sekuat2nya .. kerna allah mnjanjikan hikmah dsbalik ujian ini ..

      Delete