Sunday 1 January 2012

Perkembangan baby ada, tapi jantung takda. Ya Allah....

Hanya Mampu berdoa agar keajaipan berlaku.


              Aku dah peknen masuk pada minggu ni 9 minggu. Alhamdulilah. Tapi dan tapi. Semalam aku pergi check up kat doc. Tapi doc yg aku rujuk ini kaa perkembangan ada tapi tak banyak dan jantung tak ada. Apa maknanya. Aku jadi serba tak kena bila doc cakap macam ni. Maklumlah ni dah masuk 3 kali aku peknen dalam masa 2 tahun aku kawin. Ya Allah, kuatnya dugaan Kau terhadap hambamu. Ya Allah, aku hanya mampu berdoa agar Allah memberikan anak ini kepada kami. Biarlah abang dan kakaknya di syurga akan kami jumpa kelak di akhirat kelak. Tapi adik, jangan tinggalkan ibu dan ayah. 
             Semalam 1.1.2012, aku pegi check up seperti biasa dengang Doktor Isa. Tapi muka doc ni risau yg amat. Kalo doc dah muka risau lagilah kami ni. Doc cakap baby berkembang tapi tak banyak, kantung ada, cantik, pendahan takde. Tapi apa masalahnya sekarang. Perkembangan sama mengikut jadual. Kami mula terfikir2 apa yang berlaku sebenarnya. Doc masa terangkan pada aku, kepala aku nth dah ke mana aku pun tak tahu. Sebab aku percaya Allah itu maha berkuasa. Allah nak mnguji hambanya sahaja. Aku yakin. Salah satu sebabnya aku yakin anak dalam kandunganku ini sihat cuma degupan tak dengar kerana:


1) takde pendarahan
2) perkembangan baby baik mengikut jadual.Masa check up minggu ke 6, jantung ada. 
3) aku tak sakit perut, tak sakit pinggang seperti peknen pertama dan ke dua.
4) aku yakin kekuasaan Allah, dengna berkat air zam, bacaan yasiin, ayat kursi, Al-Quran dan berselawat kepada Nabi.


          Masa doc tanye kami, aku dengan suami ku tak menjawap pun. Doc kata suruh buat ujian genetik. Ok fine, tapi aku tak bertanye pulak macam mana nak buat, dekat mana, bila, lama tak, prosedurnya macam mana. Semua itu tak tekeluar pada mulut kami. Doc bagi option, nak buat D&C untuk kali ke tiga atau tunggu sehingga 10 hari. Kalau sakit perut, turun darah jumpa doc lain. Buat D&C. Aku malas sebenarnya, tau takk...Aku tak tahu nape. Nanti org rasa simpati kat aku. Nanti orang cakap rahim aku tak kuat macam2lah. Padahal hanya aku, suami, doc je tahu masalahnya. Adoohhh, semoga ianya tak berlaku.


          Mintak maaf doc semalam aku terbiadap dengan doc. Aku bangun dan keluar walhal doc belum habis cakap. Sebab aku fikir dah siap sebab doc ni diam jek.Aku rasa dia lebih risau dari kami. Seperti dialah suamiku. Hahhahaaha. Tapi terima kasih doc sebab semalam scan free...Hehehehe..


          10 hari lagi pergi check up. Masa tu kandungan ku dah 10 minggu. Semoga selamatlah kandunganku. Aku tak nak buat D&C. Aku takut. Ya Allah, cekalkan hatiku ini. Tabahkan hatiku ini.


          Aku hanya mampu berdoa agar Allah diberikan keajaipan pada kandunganku. TUnjukkan pada doc itu bahawa kandunganku sihat sehingga baby di lahirkan dengan selamat, sihat, sempurna fizikal dan mentalnya. Amin....




Friday 16 December 2011

Alhamdulilah Jaga Elok-Elok


Alhamdulilah, semalam baru g check kandungan. Aku sampai klinik koi 8.30pm, tapi orang dah ramai. Doc lom sampai lagi agaknya. Maklumlah malam Jumaat. Mungkin baca Yasinn dulu kat rumah agaknya. Aku masuk2 je orang tegok je. Apa salah aku. Ke sebab aku pakai tudung abu dhabi. Nampak macam orang asing. Hehehe..(perasanlah pulak) di tambah pulak suami ku macam china. Huhuhu...

Walaupun aku lambat sampai, tapi aku selamba je letak buku pelawat kat atas meja tu. Hehehe...Aku di panggil nurse untuk pendaftaran. Aku jadi org ke empat. padahal aku rasa, sebelum tu ramai yang datang awal dari aku. Kekekekeh...Jangan marah ye kak. Saya mana tau. nape letak kad lambat sangat. Patut datang2 letak jelah. Hehehe...

Nama aku dipanggil.Aceehhh....Doc tu senyum ramah lak dengan aku. Hehehe..

Check jantung, berdebar pun ada. Sebab masa peknen ke dua stage ni jantung baby lemah. Aku jadi takut bila kali ke tiga. Sambil2 tu aku berselawat je dalam hati menunggu berita dari Doctor. 

Alhamdulilah,

Jantung baby dah berdenyut dan membesar mengikut tempohnya. 10 hari lagi aku pergi jumpa doctor tu...Huh, lega rasanya. Ubat support baby sambung dan aku diberi injection kuatkan rahim. Kali ni injectionnya sakit, sampai tak boleh tido malam aku dibuatnya. 

Ya Allah, Ya Allah,

“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Sekarang jalan semua slow2 je. Drive kereta pun tak langgar lubang@bendul kuat2.Slow je aku bawa.Hehehe.Kira macam bersopan santunlah kononnya.

Makan pulak, hari-hari aku makan brokoni. Sampai nak jemu pun ada. nak jadikan cerita semua makanan aku suami aku kawal. Semua sayur dia campak kat aku. Huhuhuhu..

Aku pun kalo boleh nak baring je, biar pengaliran darah sempurna ke plasenta. 

Semoga doa kami ini di makbulkan oleh yang Maha Esa. Amin


Thursday 8 December 2011

Hanya mampu berdoa

Hi Salam Jumaat,

           Huh...Penuh mendebarkan hati aku ni. Kalau entry yang lepas aku menulis tak jadi buat IUI. Semua itu telah tertulis oleh yang maha Esa. Aku dah lewat Period, walaupun hati penuh dengan debaran tapi aku tetap cool juga. Aku rasa kelainan pada diri aku, hari Isnin lepas, waktu rehat aku balik rumah. Aku mencari-cari ada lagi tak kit pregnant test di rumah. Huh, ada....dengan penuh debarannya aku pun pergi bilik air check. tapi masa aku titiskan air kencing tu aku keluar dari bilik air, sebab takut di tambahkan rasa kalau-kalau kecewa. Lima minit selepas tu, aku masuk bilik air tu melihat dua line. Ya Allah hanya Tuhan je yang tahu betapa gembiranya hati ini walaupun terdapat debaran di hati ni. Aku pun buat sujud syukur. Tapi kerisauan masih melanda. Balik dari keeja aku terus tunjukkan kat suamiku. Yelahkan, dua kali keguguran siapa yang tak berada gembira.

         Rabu: 7hb November 2011, perasaan was-was aku kian bertambah. Pagi-pagi selepas bangun dari tidur aku test lagi. Alhamdulilah dua line. Masyaallah. Tuhan saje yang tahu. Terus plan-plan dengan suami, bila nak pergi jumpa Doc Isa di Klinik perbidanan dan sakit puan taman u, skudai. Klinik akulah tu.. Hehehe...Yang aku cite kat entry yang lepas. Aku plan hari Ahad, tapi ubat semua dah habis. Kalo aku pergi lewat lagi, mesti aku kena marah dengan doktor ni. Doktor ni walaupun muka cool tapi boleh tahan garang juga. Huhuhu.

         Khamis: 8hb November 2011, aku pun pergilah Klinik tu pada sebelah malam. Seperti kebiasaanlah ramai orang. Jalan dari Pasir Gudang ke Skudai ni jem pulak, tapi kami amik jalan singkat masuk highway Kempas. Takut nanti aku sampai, nurse ni tak terima kehadiran aku lak. Kang tak pasal2 aku marah nurse ni kang. Hehehe. Alu sampai jam 830 pm. Ramai jugalah orang. Nurse tu tanya, period ke dua ke kak. Aku jawap dah lewat. Seperti biasa dia amiklah berat aku, tekanan darah aku. Aku pun tunggulah Nurse ni panggil aku dengan penuh kengantukan hehehe.... Nasib ada blackberry company bagi, bolehlah aku search internet sekejap. Huhuhu.

         Sebenarnya, aku takut+fobia nak pergi check. Tak tahu kenapa. Tapi gembira. Mungkin sebab dah dua kali tak berjaya kot. Masuk2 bilik doktor tu, Doktor pun tersenyum manis melihat aku. Eceehhh....Kadang2 doc ni serius. Seperti biasa dia tanyae, sihat....Ok....Aku jawaplah ok.Kalo aku datang time aku demam, aku cakaplah tak ok. Tapi dia tak tanye pun nape tak ok. Huhuhu...dia pun check2lah rekod aku yang dah setahun tu. Dia tanye dah period, aku jawaplah belum. dah leawt 9 hari. Dia pun cakaplah hari tu IUI tak jadi. Yelahkan, nak keluarkan dalam keadaan tertekan memang tak boleh. Kami diam je, dengar jelah dDoktor ni cakap. Dia suruh aku baring and scan. Ada nampak. Tapi tak tahulah scan dia ni canggih sangat ke apa ke dia cakap kantungnya kemek sikit. Bila dia kata gitu, hati aku macam luruh sangat.-sangat. Sebab peknen ke dua pun macam tu juga. Tapi kali ni ok sikit dari yang lepas. Tapi yang plaing tak tahan tu, dia marah aku nape berenti ubat. Dah suami aku tak bagi makan, nak buat macam mana.Tapi dalam diam2 aku pun, aku menjawap. Ubat putih tu ada lagi, yang takde Asid folid je. Walaupun pada hakikatnya aku dah amik kat Klinik panel suamiku. Takkan aku nak cakap lak.Hehehe.... Pas 2 aku macam nak cakp je, "doktor, doktor tau tak perasaan saya ni macam mana. Saya ni takut+risau+fobia semua ada doktor. Nak pergi jumpa doktor pun saya takut tau tak." Hanya dalam hati saje aku berkata-kata. Takut kalo terlepas aku emosi lak dengan doktor tu. Aku ni emo sikit, tiba-tiba aku nangis kang. Hehehe..Malu aku. Huhuu..

        Doktor pesan, jaga kandungan elok-elok. Rehat bannyak-banyak. Jangan stress. Dan yang paling penting banyakkan berdoa. Pas tu ayat biasa, jangan berat badan naik...wakakakaka...Aku naik 0.5kg je. Bukan banyak-banyak kilo doktor. Huhuhu...

       Aku dalam kereta jadi macam tak tentu arah nak menunggu Khamis depan scan untuk minggu ke 6. Scan jantung. Aku takut sebenarnya. Aku hanya mampu berdoa supaya kandunganku ini sihat, membesar menikut tempoh2 yang di tetapkan. Degupan jantungnya sempurna. Itu saje yang aku mampu. Apa jenis makanan yang untuk menyihatkan  aku makan.Termasuk susu mamil mama.  Aku nak pergi siang, tapi suami aku kata malam. Malam sejuk sikit. Adehh....Aku rasa macam nak pergi sorang je. Suami aku tak dapat cuti lak.

      Ya Allah ya Tuhanku, berikan peluang ini kepada kami untuk memperolehi zuriat yang sempurna, sihat tubuh badan, selamat di lahirkan. Membesarlah ia mengikut tempoh-tempoh yang ditetapkan dengan degupan jantung yang sempurna. Masyaallah, tuhan yang memberikan kite rezeki. Aku insan lemah Ya Allah, aku tak sanggup menerima ujian kau lagi. Cukuplah dua kali keguguran. Jangan biarkan ku bersendirian tanpa meninggalkan zuriat. Kekalah zuriat ni, roh yang kau tiupkan ke dalam rahimku ini sehingga ia dilahirkan dan dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang Ya Allah. Tuhan yang menciptakan sekian alam. Tenangkan hatiku ni dalam menempuh dugaan yang mendatang. Semoga aku peroleh berita gumbira pada Khamis hadapan ini. Aminnn....



Tuesday 22 November 2011

Go to Gambang

Yehaaaa,

                    Akhirnya dapat juga aku pergi ke Gamabng cuti hujung minggu ni. Peh, di tambah pula 22hb November hari keputeraan Sultan Johor oleh itu aku mengambil peluang untuk menebus tiket Gempak Santai harian Metro.
                    Maklumlah dapat empat tiket, ajak orang semua tak mau pergi. Oleh itu kami masuk dua kali. Ahad dan Isnin. Huhhh....Ini antara info-info dari Gambang.

                                                            Ini harga-harga untuk kita sewa.

 Ini Pintu masuk Gambang, kira tempa utamalah untuk kita bergambar..termasuklah aku..Hihihi
                                            Ha, ini harga tiketnya...Tapi tiket aku free..Hahaha

           So far, tempatnya menarik. Untuk kanak-kanak lagi banyak boleh main. Tapi dewasa tak berapa banyaklah. Adalah dalam tiga permainan kalau tak silap akulah. Tapi yang paling aku tak dapat lupakan bila melalui GALAXY apa nth..Tapi namanya Galaxy.Aku dan suami aku budget ala pendek je ni, mungkin tak berapa gerunlah seperti yang satu lagi tu. Huhu...Tapi meleset, aku rupanya gelap gelita. Bayangkanlah kalo melalui jalan gelap. Jauh lak tu....Apa lagi menjerit bukan mainlah aku. Seperti jantung nak tercabut...Hahahaha...

Kesimpulannya menyeronokkan di tambah pulak tiket free.
Thanks harian Metro...


Akan ku nanti lagi,tiket free ini lagi. Yehaaa...



Thursday 17 November 2011

Tiada maaf bagi mu..

Hi ex-friend from Salutary Avenue,

Aku rasa begitu terasa, kecik hati dengan korang. Wa rasa bengan dengan korang ni. Yang wa lagi tak puas hati, orang yang mengepos komen kt FB tu tak faham apa yang nak di sampaikan oleh aku. Ke sebab korang ni bodoh. Aku bukan nak kutuk2 koranglah. Selama ni aku diam je, aku sekali je komen.

Aku malas nak cakap lebih2. memang aku delete korang punye wall kt FB bukan kerana aku bersalah, tapi pada aku skap profesional aku biarlah aku keluar dari group kucar-kacir korang ni sebelum aku bertindak di luar kawalan. pada aku buat apa nak kecah-kecah sebab benda keciklah derr.. Ko pun keje operator je, keje stokeeper tapi jangan nak jadi macam lu tu managerlah derr... Apa yang ko buat kat aku, aku tak penah nak cakap2. Sampai aku kena buang sekalipun, aku diam je. Walaupun dalam hatiku aku dendam. Tapi Allah tu maha Esa, memberikan ku rezeki kerja yang lagi best dari keje kat tempat korang. 

Janganlah keje nak bodek2 boss, jangan sayang sangat pada mak Itam, Bobo ko tu. Satu hari nanti orang-orang tu akan kenakan ko juga. Aku nak tengoklah korang ni keje kat sini sampai mana. Sampai mati agaknya. Jangan nak anggap aku semua yang salah, jangan nak muhasabah orang lain.Muhasabah diri sendiri baru boleh nak hentam orang. Cakap macam pro lah der. padahal otak kosong.

Wa panas hati toi dengan korang. Patutlah SPM tak lulus, tak faham Bahasa Melayu. Tak faham maksud tersirat dan tersurat. 

Panas toi aku...

Sabar wahai hati, sabar...sabar..

Tapi secara rasmi aku memang dah remove korang semua. 

Aku harap aku tak jumpa korang semua.

Good bye semua.....grrr..

Ko door, Mak itam, bobo, Muhammad, aku memang dendam dengan korang sampai mati sekalipun. Walaupun ko nak baik2 dengan aku tapi aku tetap dengan pendirian aku. Takkan maafkan korang apa yang korang buat kat aku. Semoga Allah membalas kejahatan korang seadil2nya di dunia ini. Amin...

Doa orang teraniaya biasanya di makbulkan. Amin...


Sekian

Monday 14 November 2011

Gempak Santai-HARIAN METRO

Tiket Ke Gambang
Yehaaaa,


Akhirnya aku berjaya mengumpul Keratan Akhbar harian Metro bermula 1hb-20hb Nov 2011. Aku dapat kumpulkan 10 keratan akhbar. Dengan yakinnya, aku pergi tebus di pejabat NSTP, Taman Maju, Johor Bahru. Aku sampai jam 9.00 pagi orang dah ramai juga. Dalam hati aku, ramai juga yang alert pasal ni yek. Huhuhuhu...


Jam 10 pagi baru kaunter buka, aku rasa aku terawal juga. Aku dapatlah menebus 4 keping tiket ke Gambang. Tapi sampai 30 Nov 2011 je. Huhuhuhu....


Tapi bila nak pergi. Aku nak pergi 22hb ni. Sebab 21hb aku ambil cuti. Tapi suami aku macam tak mau. Nak pergi awal Muharam. Ada dua tiket kosong, sape nakkkkk.....


Ini dalam proses memujuk..


Tunggu keputusannya nanti. Hehehehe....



Sekian.....

Klinik Terpilih bagiku


Hi Kawan-kawan, 

Kat sini aku kongsi alamat Klinik Pakar yang aku pergi.

Harga masih boleh mampu dibayar, maklumlah sekarang ni kena survey banyak hospital. Perkhidmatan sama, watpe bayar lebih-lebih pada pendapat akulah.



Perdana Specialist Maternity Centre 
   No. 51 & 52, Jalan Pendidikan 3,
   Taman Universiti,
   81300 Skudai Johor.
   No : 07 - 5216633
Doc Inchange: Doktor Isa Ismail,kalo Sabtu Doktor Mansur (aku pun jumpa doc Mansur ni sekali je) Lain tak kena dengan dia. Line jatuh dengan Doc Isa je. Lagipun aku lebih selesa dengan Doc Isa.

Waktu: Sabtu-Khamis (9.00am-1230), 2.00-4.30pm, 730-9.00pm.
Jumaat: 9.00 am- 1230 pm.

Pada aku kalo nak g, jangan pergi cepat2 dan jgn pergi lambat2. Sebab doc sometimes lambat. Myb check patient yang nak bersalin kot. Naik kematu tunggu nanti. Hehehehe... Pas 2 kalo nk pergi siang terutama petang call dulu, sometimes doc ada emergency kat bilik operation. Ada orang bersalin ke apa ke. Kang membazir masa je lagi2 yang bekerja kena amik half day tapi tak dapat jumpa Doc. Ni atas dasar pengalaman akulah, aku ye2 je half day, gaji tolak, tp doc ada emergency.nasib baik aku pandai cover line dapatlah gaji penuh. Thanks friend Wan Tech, kerana punch cardkan tok akak. Akak hutang ko lagi Nasi Ayam Penyet.....Takpe kitakan da tak keje kat situ lagi..... Grrrr....


Trylah kalo nak try kat Klinik ni. Aku suka dengan Klinik lagi. 
Tunggu aku Doc Isa, aku akan kembali lagi membawa berita gumbira dan pinjam ayat doc. Bawa balik baby. Hehehe....Aminnn