Sunday 13 November 2011

Berat Badan....TAK SUDAH

Sambungan pada entry tadi. Huh, berdebar rasa aku bila doc plan nk buat IUI. 


Aku sebenarnya dah dua kali keguguruan, first: masa aku buntung pelamin. Itu memang kesalah kami. Menyesal sangat2. Kalo tak usia anakku tu dah dua tahun. Takde rezeki. Gugur ketika usia kandungan 12 minggu. Doc suruh buat DNC. Aku pilih HSI (HOSPITAL SULTAN ISMAIL,JB). 


Setahun lepas dnc tiada apa-apa perkembangan untuk mengandung, seperti yang aku katakan selepas buat survey dari segi kos dan lain-lain. Klinik Pakar Perbidanan Specialist Perdana, Taman Universiti yang jadi idaman hatiku. Prosedur yang disarankan turunkan berat masa tu berat aku jejak 70kg. Peh dasyat. Aku ambil masa 3 bulan untuk turunkan berat badan sehingga aku pergi klinik lagi berat aku jadi 65. Bulan depannya 63kg. Alhamdulilah, aku berjaya turunkan berat. Masa doc Isa cakap berat badan jadi sebab, pehh hanya Tuhan sahaja yang tahu.Telur tak keluarlah, macama-macamlah. Peh, aku rasa macam nak cubit2 je doc ini asik cakap berat badan tak sudah-sudah. Hahahaha. Mujur suamiku tak salahkan aku. Tapi support aku sebaliknya. 


Prosedur ke dua tak berjaya sebabnya injection pecah telur diberi dos sekali. Telur tak pecah. Prosedur pakar untuk mengandung, period ke dua (check telur pecah ke tak),bagi clomid (pil subur), period ke 12( tengok telur keluar ke tak), kalo keluar injection untuk pecah telur diberikan. Telur telur pecah 36jam masa tu kena bersama. Begitulah seterusnya.


Bulan seterusnya, pergi lagi. Telur tak pecah, sebab berat badan. berat badan tak sudah2. Dalam hati aku, orang lain lagi gemok boleh je. Ok fine, aku ikot, masa tu berat aku 63kg. Yakin dengan doc ini, dia bagi dua dos untuk pecahkan telur.
Period lewat, check aku peknen.. Peh mana taknya gembira tak terkata setahun tunggu nak peknen, ni peknen lagi. Alhamdulilah..


Tapi kegembiraan tak lama, kandungan aku tak sihat. Masa tu kandungan ku 10 minggu. Huh, aku ingat masa tu. Jantung baby dah tak dengar. Doc Isa ni suruh aku keluarkan kira buat DnC lagi. Ya Allah bila doc ni cakap macam ni, hanya Tuhan je yang tahu betapa takutnya aku nak alami DnC ni. Doc ni cakap-cakap aku dah tak dengar dah. Jiwa kacau. Kepala entah ke mana-mana nth. Hanya air mata je yang berlinang di kelopak mataku. Nak nangis malu pulak. Doc ni cool kan aku, dia tengok je aku dengan penuh mendalam. Yelah diakan doc. Mesti jenis faham perangai orang. Yang aku dengar, u muda lagi. Baru 25 tahun. Suami baru 27tahun. Ahhh...aku dah tak dengar apa yang doc ni cakap. Takde gunanya lagi. Tuhan maha mengetahui segalanya.


HUh, punye tak nak percaya kat Doc Isa ni, aku pergi ke Hospital Penawar jumpa doc Suhaimee.. Keputusannya sama. Maaflah doc Isa, bukan tak percaya kat doc. Tapi perlukan kepastian.


Tanggal 1.1.11, aku pergi lakukan DnC di Klinik Pakar ni. Jumpa lagi doc Isa. Huh, bedebar..Ni tak tido semalaman ni. Makannya tidak, sume tidak. Walaupun perut dah sakit, tapi aku stady lagi (konon2 kuatlah). Masuk 830 am kat bilik operation kerana bilik full masa tu. Sejuk ya amat, bawah negatif darjah celciuslah agaknya. Nurse yang serve aku ni jap masuk, jap keluar. Lama betul nak tunggu doc ni habis consultation. Aku ni dahlah belu kat dalam ni. Sejuk macam kat oversea. Kepala dah pening. Nak tido tak boleh dah. Sume sakit, darah keluar banyak. Kang kalo bangun darah keluar lak. 


Jam 130 pm doc ni masuk, boleh pulak tanye aku tido ke. Aku cakap nak tido bendanya, sakit. Dahlah sakit, sejuk gler. Ni sakit ni walaupun mata kejam. Masih sempat menjawap. Doc ni leh pulak ceramah-caramah kat aku. Aku dah tak boleh tahan, mengalirlah air mata aku. Doc ni boleh pulak cakap, janganlah nangis. Awak bukan tak boleh mengandung, awak boleh. Cuma belum ada rezeki lagi. Lagilah melelir air mata aku ni. Agaknya doc ni tengok aku begigil2 dia suruh nurse dia buka fan je. Tutup aircond. Doc ni masuk tak sampai 5 minit pun dah berasa sejuk, lagilah aku yang dah duduk dari jam 830am-130pm. Bayangkan.
Erm Aku tak tahulah sape yang lapkan air mata aku. Cuma aku rasa ada orang yang lapkan. Aku rasa doc tu,sebab dia berdiri kat atas kepala aku. Pas 2 dia inject bius, dah tak sedarkan dirilah aku.


330pm, nurse India datang. Panggil2 nama aku. Aku pang-pang alang. Nak buka mata tak boleh. Berat, kepala pun berat. Nurse tu tukarkan baju aku. Agaknya nurse ni tengok aku lemah sangat dia panggil nurse yang senior. Masa dia masuk tu, dia masuk dengan suamiku. Nampak suamiku, apalagi..aku bangunlah. Ni badan melayang2. Nasib nurse ada kat situ. Kalo tak tebaringlah aku di lantai. 


Yeee...2 minggu MC. Masa tu sume orang opis tekejut aku peknen sebab aku tak cakap dengan sape2. Tapi Mc aku doc ni bagi 1 minggu-1 minggu. Minggu depannya pergi Klinik lagi untuk amik mc minggu ke dua. Doc suruh rehat 3 bulan. 3 bulanlah aku berpantang makan macam orang peknen.


Dengan rasa bangganya berat badan aku dari 63kg telah turun ke 55kg. 3 bulan tu. Ada brann.... Doc tu banggalah sangat sejak aku g klnik tu masa tu berat aku 70kg kini dah 55kg. Mana taknya. macam berat badan aku masa tingkatan 5. Hahaha


Tapi kini beratku 57kg. Kuing30x











3 comments:

  1. Awak buat pe utk trunkn berat badan??

    ReplyDelete
  2. tahniah...sy pn tgh lakukan bende yg same mcm pengalaman awak

    ReplyDelete
  3. KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM

    Assalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih

    ReplyDelete