Friday 16 December 2011

Alhamdulilah Jaga Elok-Elok


Alhamdulilah, semalam baru g check kandungan. Aku sampai klinik koi 8.30pm, tapi orang dah ramai. Doc lom sampai lagi agaknya. Maklumlah malam Jumaat. Mungkin baca Yasinn dulu kat rumah agaknya. Aku masuk2 je orang tegok je. Apa salah aku. Ke sebab aku pakai tudung abu dhabi. Nampak macam orang asing. Hehehe..(perasanlah pulak) di tambah pulak suami ku macam china. Huhuhu...

Walaupun aku lambat sampai, tapi aku selamba je letak buku pelawat kat atas meja tu. Hehehe...Aku di panggil nurse untuk pendaftaran. Aku jadi org ke empat. padahal aku rasa, sebelum tu ramai yang datang awal dari aku. Kekekekeh...Jangan marah ye kak. Saya mana tau. nape letak kad lambat sangat. Patut datang2 letak jelah. Hehehe...

Nama aku dipanggil.Aceehhh....Doc tu senyum ramah lak dengan aku. Hehehe..

Check jantung, berdebar pun ada. Sebab masa peknen ke dua stage ni jantung baby lemah. Aku jadi takut bila kali ke tiga. Sambil2 tu aku berselawat je dalam hati menunggu berita dari Doctor. 

Alhamdulilah,

Jantung baby dah berdenyut dan membesar mengikut tempohnya. 10 hari lagi aku pergi jumpa doctor tu...Huh, lega rasanya. Ubat support baby sambung dan aku diberi injection kuatkan rahim. Kali ni injectionnya sakit, sampai tak boleh tido malam aku dibuatnya. 

Ya Allah, Ya Allah,

“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Sekarang jalan semua slow2 je. Drive kereta pun tak langgar lubang@bendul kuat2.Slow je aku bawa.Hehehe.Kira macam bersopan santunlah kononnya.

Makan pulak, hari-hari aku makan brokoni. Sampai nak jemu pun ada. nak jadikan cerita semua makanan aku suami aku kawal. Semua sayur dia campak kat aku. Huhuhuhu..

Aku pun kalo boleh nak baring je, biar pengaliran darah sempurna ke plasenta. 

Semoga doa kami ini di makbulkan oleh yang Maha Esa. Amin


2 comments:

  1. salam ann...sy amy,dr BBU..please add me at Fb Amy Leyana...sy seorang isteri yg blm dikurniakan anak almost 4 years, sblm ni ada wat treatment kat hosp penawar, tp rasanya nk sambung kat klinik perdana for this year...

    ReplyDelete
  2. Hi Amy: macam mana awak follow dengan doc isa lagi ke. saya dah hampir 5 bulan tak pergi sana. Rasanya nk stop sume rawatan klinikal dan tumpukan pada rawatan traditional je. Hurmmm...semoga berhasil.Usaha doa dan tawakal banyak2..Aminnnn

    ReplyDelete