Friday 12 August 2011

Nak buat D&C di swasta atau Kerajaan.Mana satu jadi pilihan

           Aku nak bekongsi dengan teman-teman yang pernah mengalami keguguran. Sungguh memeritkan bila dikenang. Aku dah kawin 2 tahun dan dua kali keguguran. Pertama sebab ketika kandunganku 3 bulan, pristiwa tu tak dapat aku lupakan sempai bila-bila. Tu antara antara aku dan suamiku. Kerana tangga dan juga Bosch (penebuk lubang). Sedih2 bila dikenang. Yang ke dua ketika oramg ramai gembira menyamput 1 Jan 2011, aku keguguguran lagi. ketika tu usia kandungan baru 2 bulan lebih. Yang ini, baby tak membesar mengikut tempoh yang ditetapkan. Doktor suruh gugrkan kandungan, jika diteruskan baby ini ada masalah. Tu namanya tiada rezeki. Kami menerimanya dengan penuh kesyahduan.

          Dua kali keguguran, pertama aku cuci kat kerajaan. Alamak ai, penat menunggu ramai sangat orang. Aku masuk wad jam 3 pagi, suruh puasa, jam 4 pm keesokan harinya baru diaorang buat. Huh..Macam separuh mati aku tunggu. Dahlah puasa, nak bangun tumpah darah, air yang masuk kat badan dah tak fungsi, darah yang keluar. nasib-nasib. Kalau nak murah memang baik pergi kerajaan. Makan free, katil pun ok lah. Hehehe...

         Ha, gugur kali ke dua aku buat kat swasta. Klinik pakar di Taman U. Doktor lelaki. Tak kisahlah doktor lelaki ke perempuan ke, janji keje yang dilakukan ok. Doktor tu pun ok lah, ala2 comel2 g2. Hemsem taklah juga muka lembut dagu lekuk je (nada gatal hahahaha). Tu sampingan je, tapi layanan yang diberikan cukup-cukup memuaskan. Bayaran pun tak berapa mahal masih mampu lagi. Kat swasta, pergi pagi petang dah balik rumah. Koi 830 pagi masuk wad, koi 1.30 pm doktor tu buat kerja. Time tu aku dah tak sedarkan dirilah, melayang ke angkasa raya ketika tu.Hahaha..Koi 330 aku sedar, kepala aku berat. Mungkin ubat biusnya banyak sangat kot. Agaknyalah..Hahaha..Nak cakap lebih-lebih tu kerja doktor. Koi 4 husband aku amik aku, masa aku bangun dari katil kepala aku macam ada utraman taro, melihat bintang bekerlipan. nasib ketika tu doktor ada, sempatlah dia memaut aku. Kalau tak aku dah terbaring kata lantai klinik tu.

        Kelebihan swasta: pergi pagi balik petang, doktor jaga 100%, seminggu selepas D&C datang lagi scan.
Kesimpulannya: Bergantung pada kemampuan seseorang dari segi pendapatan. Aku pun sebelum buat D&C aku cari quotation dulu. Maklomlah akukan Procurement so kenalah cari quotation nak bandingkan harga yang murah dan layanan yang sempurna. Ingat beli barang je ke kena ada quotation. Hehehe. Walaupun pada hakikatnya, klinik swasta yang kami pergi ni mengambil masa 45minit perjalanan berbanding 3 hospital yang hanya mengambil masa kurang 15 minit. Hahaha...Doktor Isa Thanks doc. Heheheehe (nada menjeng).


4 comments:

  1. Boleh i tahu klinik mna?? I perlukannya,mmg urgent. WhatsApp di nombor I 01123056003

    ReplyDelete
  2. Blog merapu ...buang masa...org tgh urgent wife keguguran nak cari klinik dnc.....

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Bole share nama clinic n whatsapp your no. Nk tahu serba sedikit. Thank u

    ReplyDelete