Friday 12 August 2011

Sabar itu separuh dari Iman

         Tanggal 12 April 2011, aku dijatuhkan hukuman dibuang kerja dengan alasan terlalu banyak MC. MC lah derr, bukan ponteng ok. Sebenarnya aku ni seorang Purchasing Executive di salah sebuah Kilang di mana taukenya adalah Singaporean. Tapi orang Melayu. Aku teringat ketika tu aku demam memang tak boleh bangun, tapi aku gagahkan saje sebab kat opis tak da orang. Sorang executive bahagian Logistic dah cabut, akulah yang kena gantikan kejenya. Yang HOD aku orang finance, tau nk mengarah buat kerja tak tahu. tapi dapat nama. Huhhhh....
       Hari Khamis aku tak datang sebab dah tak boleh bangun. Tinggal budak store aku je (budak kelantan). Dia ni stailnya nak cocok tauke besar je. Dengan tanpa segan silu dia sendiri jumpa tauke ni nak inform yang barang banyak masuk takda tempat nak sumbat. Bukan salah aku, ni sume salah manager-manager aku. Kononnya dapat project dari Bangla dan Indon, baru dalam planning dah suruh beli barang. Last2 project tu tak dapat tender, material dah masuk. Akulah jadi mangsa.
      Hari Jumaat, dengan gagah hati walaupun badan terasa melayang0layang bak angin ditiup bayu aku pergi juga kerja. Pagi tu macam biasa aku buat kerja. Tapi, aku dapat berita dari staff dari HR mengatakan yang aku ni antara mangsa Manger-manager dan mak itam (HOD aku punye gelaran daa). Aku rasa bengang giler, dah tak tahu nak buat apa lagi, seperti musnahnya harapan aku, luruhnya jantung aku. Sedih sangat-sangat sebab aku jadi mangsa keadaan manusia yang nak jaga periuk nasi sendiri, tapi periuk nasi orang lain di musnahkan.
     Jam 230pm, aku dengan rasa sebak dicampur dengan dendam dan panas hati aku melangkah ke opis HR. Berbincang sebab apa aku dibuang. Mereka bagi alasan aku banyak MC..Ohhh tidakkk...Aku MC lah der, bukan ponteng ok. Ko punye org yang ponteng, tak pulak kena buang. Tension.
    Aku telefon suamiku, beritahu aku kena buang. Terima kasih sayang kerana beri semangat pada diriku ini untuk terus berusaha dan berusaha.
    Sebulan kemudian, aku ditawarkan bekerja sebagai Procurement Executive disalah sebuah syarikat Oil And Gas. Diorang yang buang aku dulu semua terkejut mendengar perkhabaran yang aku dah dapat kerja baru. Itu semua doa orang teraniaya di makbulkan. Dengan rasa belagaknya, aku saje war2 dengan orang-orang tempat lama aku kerja, aku dapat tempat yang lagi baik, dapat blacberry, kereta company. Terima kasih kak zu kerana amik aku.
   Terima kasih sayang kerana memberi semangat kepadaku untuk terus bekerja dan bekerja.



  

No comments:

Post a Comment